Saturday, November 19, 2005

bahasa lama

Malam Jumaat yang lalu PakCik aku buka peti lama kepunyaan nyer yang dalam setor tu sebab nak cari geran tanah... untuk dijual. Entah macamana pakcik aku terjumpa 'pulak' sepucuk surat lama kiriman kawan lama nyer. Waktu baca semula surat ini, termenung pakcik aku dibuatnya. Rupa-rupanya bahasa kita ni berubah-ubah ikut peredaran zaman 'yek'. Cuba le kau orang tengok perbezaan gaya bahasa dan ejaan dulu dan sekarang dan cuba bandingkan dengan geran tanah milik ketua kampung kau orang.

Ku Hamid,
Malacca.

6.5.1943

Kembali kepangkuan sahabat ku Din...

Aku berharap semoga diri kao sehat sejahtera dan semoga kao gumbira selalu. Bagaimana chuacha ditempatmu? Tentunya panas. Adapun diwaktu ini aku juga sehat. Din... apa pekerjaan mu sekarang? Masehkah kao menulis untuk majalah 'International Encyclopedia'? Aku ada mendengar khabar yang kao akan menulis untok majallah Ujang pada tahun 1994 nanti. Benarkah begitu? Jika benar aku ingin menguchapkan tahniah. Aku sunggoh suka hati.

Din

Adapun tujuan aku mengirimkan surat ini kepada mu kerna ia ada membawa maksud. Aku ingin meminta pertulongan dari mu, kalau bolih aku mau meminjam uang sebanyak lapan puloh ringgit untok aku membeli gitar karan, kerna aku ada di-tawarkan untok bermain gitar dalam sabuah kumpulan pancharagam iaitu kumpulan 'Metallica'. Aku harap kao sedia memberikan pertulongan dan aku akan membayar balik hutangku itu siap dengan bunganya sekali.

Din...

Selain daripada meminjam uang aku juga ingin mempelajari chara-chara bermain gitar dari mu kerna aku ada mendengar kao hebat bermain gitar. Oh ye Din... hampir aku terlupa, kalau bolih celana Bell-bottom dan kasut Hail Amir mu itu berikanlah kepada aku untok aku pakai semasa bermain pancharagam.

Din...

Aku harap kao tidak akan menghampakan aku kerna aku memang berchita-chita untok bermain pancharagam dan doakanlah semuga aku mendapat chahaya kejayaan. Oh ya... sebelom aku mengundurkan diri sampaikan salam pada ayah dan bondamu. Akhir kata semoga kao gumbira selalu. Salam hormat dariku. Aku akan menalipun mu. Sekian.


Wassalam,

Sohabatmu yang jauh.
Ku Hamid.


NOTA: Untuk pengetahuan korang semua selepas sahaja pakcik aku pinjamkan duit lapan puluh ringgit dan mengajar Ku Hamid bermain gitar, dia terus saja berangkat ke USA dan bermain gitar untuk kumpulan Metallica. Pak cik kata dia telah menukar namanya kepada Kirk Hammett. Dan duit lapan puluh ringgit yang dia pinjam itu sampai sekarang dia belum bayar... Chiss..!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home