Saturday, December 31, 2005

belalang


m!an.g


syyy.. jom!.

you-n-tilytie: disember aku

you-n-tilytie: disember aku

aku yang terlambat,,? atau masa yg tercepat..

Friday, December 30, 2005

disember aku

Kala Hujan.


Hari ini, semalam dan hari sebelumnya bagaikan ramalan. Hujan. Lebat, mencurah, dingin dan sebam. Tiada warna-warna lukisan alam.

Aku sebenarnya cukup sukakan keadaan begini. Rasa tenteram, rasa selamat dan rasa begitu aman. Kalau, ianya sekadar hujan, bukan ribut yang menggoncang.

Hujan lebat sebegini cukup mengesankan. Aku masih dapat memutarkan bayang-bayangan silam. Berpuluh-puluh tahun kebelakang.Gambaran yang amat memilukan.

Tatkala aku masih kecil. Masih belum mengerti erti perit dan peri hidup ini. Kala hujan begini, aku lebih enak bergulung di dalam gebar kusam di atas tilam kekabu. Rasa dingin yang mendamaikan.

Angin di kala-kala begitu, di penghujung Disember sudah menjadi serasi.Bagaikan menyapa kami dengan degus dan hembus yang kadangkala seakan mengajak kami bermain bersama. Kau menghembus, kami berdiri sambil mendepakan tangan merasai tiap elusan jari-jemarimu ke tubuh kecil kami.

Malam itu, seperti malam-malam sebelumnya kau menghampiri, menyapa. Sebagaimana biasa, aku menarik gebar kusam membaluti tubul kecil tak berbaju dari digigit dingin tiupanmu.

Dan, aku terlena mengimpikan kita bersama. Bermain dan saling ketawa.

Tanpa aku sangka, gurauanmu kali ini.Keterlaluan.

Aku terjaga bila dikejutkan oleh abang aku. Aku bangkit dengan mata separuh terbuka dan mata fikir yang masih mahu menyambung mimpi. Mimpi kita.

Abang lantas mendukung aku di atas lengan-lengannya yang sasa. Bangkit dan keluar dari bilik yang penuh dengan tilam, medan lena kami sekeluarga.

Aku hanya mampu melihat. Gelap pekat di rabung rumah kami sesekali terang di sinari petir. Aku melihat hujan mencurah di tengah-tengah ruang rumah. Aku melihat Arwah Ayah, Mak dan adik beradik aku yang lain sudah berpelukan di satu sudut berhampiran pintu. Basah kuyup. Wajah-wajah yang takut.

Bumbung rumah kami sudah tiada. Atap nipah yang selama ini menjadi tempat teduhan kami sudah hilang disambar angin yang menggila.

Ruang tengah sudah mengumpul air yang bagai disimbah.

Abang berlari ke sudut itu. Sudut ahli keluarga aku berpelukan. Berdoa agar dijauhkan dari petaka malang.

Tubuh aku tiba-tiba melayang. Aku tersungkur jatuh. Abang sudah terkapar di atas licin tikar getah yang berkubang dengan air dan pelepah kelapa serta nipah yang pecah. Abang kembali bangkit, memaut tubuh kecilku dan kembali. Berlari.

Kami sekeluarga berkumpul di sudut itu. Sudut yang bagaikan satu-satunya ruang yang kami ada. Hujan tetap mencecah tubuh-tubuh kami tapi itu sahaja ruang yang ada.

Itu sahaja ruang yang ada.

Mak memeluk aku dan mulutnya terkumat-kamit membaca doa. Aku tahu, bukan doa untuk dia. Doa untuk anak-anaknya. Doa dijauhkan dari bala bencana. Muka mak penuh berkaca. Aku melihat Mak pasrah dengan dugaanNya.

Melihat seluruh ruang yang ditimpa hujan. Melihat ke atas gelap awan dari tempat teduhan kami selama ini amat menyedihkan. Amat memilukan.

Aku sangka gurauanmu selama ini hanya sekadar gurauan yang sering kita lakukan. Rupanya kau benar-benar memberi ujian.

Kami tidur berpelukan sehingga pagi. Dalam basah seluruh tubuh kami. Dalam menanti angin dan hujan pergi. Jangan kau kembali.

...

Malam tadi.

Hujan lebat sebegini. Mungkin kau sekadar ingin menyapa. Ingin bergurau lagi. Mungkin dengan senyum yang sama seperti senyummu berpuluh tahun nan lalu. Aku bangkit. Melihat wajah-wajah kecil yang bergulung di dalam gebar. Rasa aman, rasa selamat, rasa dingin sampai ke kaki.

Aku memandang ke atas. Rabung yang masih utuh. Atap genting. Dinding dari konkrit.

Aku berbisik. Jangan kau kembali lagi.

Jangan.!

Berlalulah dengan aman.

Aku tak rela wajah-wajah kecil itu kembali berpelukan di dalam hujan di satu sudut ruang.

Belalang/~selamat tinggal disember 2005

Thursday, December 29, 2005

Buat Seorang Isteri

Khas buat seorang wanita bernama isteri,

Aku tahu yang aku bukanlah seorang putera impian dari kisah2 dongengan.
Segak dan tampan diatas kuda yang berlari kencang.

Aku juga tahu yang aku bukanlah seorang penyair agung yang mampu
menuturkan bait-bait puisi indah buat sang permaisuri yang bertahta di hati.
Memukau jiwa dengan kata-kata yang beralun mesra semesta dunia.

Aku tak mampu mencapai bintang, mengapai bulan.

Aku juga tak mampu menganyam buih-buih di lautan untuk
dijadikan hamparan di ranjang.

Aku sekadar seorang lelaki yang hanya punyai mimpi.

Mimpi tentang suatu hari, kita duduk berdua di akhir-akhir usia dan
melihat ombak yang tak putus-putus mendesirkan suara-suara cinta.
Cinta seorang lelaki pada pasangan hidupnya.
Cinta yang bersemi dari hidup ke saat temui mati.
Cinta seorang suami pada seorang isteri.

Akan aku dakap cerita cinta ini dan aku abadikan jauh di dalam hati.
Hati yang sudah terpaut pada indah raut wajah berseri.
Terpukau pada lembut jari jemari..
Terpegun pada sang puteri yang sudah berjaya dimiliki kini.

Aku hanya punya kata-kata ini.

Aku sayang padamu.

~..Moga-moga cinta kita walau tidak sehebat Rumi dan Juli,
Uda dan Dara atau setajam tombak Awang yang pulang ke Dayang,
sesyahdu Jason dan Orked (sepet) tetapi ianya tetap satu cinta yang abadi.

Err…cuti tahun baru 2006, kita pergi bercuti ya sayang.
Dunia bakal jadi milik kita buat sementara.

~belalang -aku tahu dia tak akan baca ni..

Puisi Buat Isteri

...

Hari ini, dipagi ini
Dia merajuk hati

Dia anggap aku ini
Sudah tidak lagi menyayangi
Permaisuri
Tidak seperti
Semasa dia masih lagi
Bergelar Puteri

Lantas
Aku karangkan bait-bait puisi
di sini


Sebuah Catatan Rindu

...

Aku tahu
Di saat aku mengejarmu dulu

Berlari-lari
Dalam gerimis pagi

Aku pernah berjanji
Aku menyatakan sumpah dari hati
Di bawah redup warna-warna pelangi

Bahawa aku sanggup melintasi lautan api
Sanggup mendaki puncak tertinggi
Sanggup membelah dada ini
Demi sang Puteri
Yang hadir dalam setiap mimpi-mimpi

Kini
Tatkala engkau berada di sisi
Dalam erat genggaman jari jemari
Dan anak-anak kita permata hati
Sudah pandai membaca isi hati

Aku tahu
Aku sudah jarang mengucapkan kata-kata rindu
Aku sudah jarang menyatakan 'I Love U'
Aku terlalu jarang membelai dirimu
Dengan ucapan-ucapan syahdu

Dan kau menuntut janji-janji itu

Aku mahu kau tahu, pasti
Aku masih sanggup merentas lautan api
Mendaki kemuncak tertinggi
masih sanggup membelah dada ini
Demi dirimu Permaisuri hati

Cuma...
Boleh tunggu tak petang nanti?
Aku ada banyak kerja lagi ni...

nyanyi lagi...

aku dah kemaruk ~ 'nyanyi'

untuk kita renungkan ~ ebiet g ade

Kita mesti telanjang dan benar-benar bersih
Suci lahir dan di dalam batin
Tengoklah ke dalam sebelum bicara
Singkirkan debu yang masih melekat

Anugerah dan bencana adalah kehendakNya
Kita mesti tabah menjalani
Hanya cambuk kecil agar kita sadar
Adalah Dia di atas segalanya

Anak menjerit-jerit, asap panas membakar
Lahar dan badai menyapu bersih
Ini bukan hukuman, hanya satu isyarat
Bahwa kita mesti banyak berbenah

Memang, bila kita kaji lebih jauh
Dalam kekalutan, masih banyak tangan
Yang tega berbuat nista... oh
Tuhan pasti telah memperhitungkan
Amal dan dosa yang telah kita perbuat
Kemanakah lagi kita kan sembunyi
Hanya kepadaNya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa menjawab
Mari, hanya tunduk sujud padaNya

Kita mesti berjuang memerangi diri
Bercermin dan banyaklah bercermin
Tuhan ada di sini di dalam jiwa ini
Berusahalah agar Dia tersenyum... oh
Berubahlah agar Dia tersenyum

~ tepuk...tepuk la tangan, aku bangga..
tapi aku bukan la takabur..

Wednesday, December 28, 2005

aku ber 'nyanyi'

Perjalanan Hidup - Ramli Sarip

Aku yang masih di perjalanan.. hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian.. hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang

Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku

Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku



…dan puing-puing buih yang melatari pasir putih mulai terhakis.
Betapa aku harus menerima kenyataan yang terkandung
sejuta cabaran dan hakikat kehidupan.

Aku dah habis nyanyi.!

Tepuk laa tangan!...
Hik..hikk..

Tuesday, December 27, 2005

berangin

tak kenal maka tak cennta..

adela..seorang makcik tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,

"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi
ianya tak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan
senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari makcik tua itu...,
dan makcik tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak
20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab
kentut saya tidak berbau dan senyap."

Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa
Saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, makcik tua itu kembali.

"Tuan Doktor," panggil makcik tua tu sambil marah-marah,
"Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya,
tapi sekarang kentut saya...walaupun masih senyap...
tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik
yang tersumbat , sekarang mari saya periksa telinga makcik plak..."

p/s~ moral .. jgn selalu ingat kita sempurna sangat...hahaaha

Friday, December 23, 2005

dulu..

Dulu. Aku Pernah Bermimpi.


Malam... Cahaya siang sudah lama melemparkan sinarnya ke hujung garisan.Hujan. Titis-titis yang gugur menimpa atap mengalunkan irama yang tenang. Mendamaikan.

Aku yang sedang duduk di atas sejadah. Membaca surah-surah hadiah buat arwah.

Melihat. tiga anak kecil yang sedang menghirup tauhu di dalam mangkuk di meja makan.

Terukir sekuntum senyuman.

Fikiran ini jauh melayang.

Aku pernah mendambakan satu kehidupan. Punyai cita-cita. Punyai impian dan aku pernah bermimpi.

Ya. Dulu. Aku pernah bermimpi.

Aku pernah bermimpi bahawa aku bekerja menghadap kertas dan pena berdakwat halus.Tajam.Meneroka imaginasi di setiap ruang. Melakar keluk dan garisan.Sebelum permohonan aku untuk pengajian ditolak tanpa sebarang jawapan.

Aku pernah bermimpi yang aku punyai seorang suri yang ketika itu, diingat siang dan malam. Sebelum aku ditinggalkan.

Aku pernah bermimpi yang aku ini menghuni kota besar metropolitan. Menjadi warga yang menongkah cabaran.Hidup disinari lampu neon begemerlapan. Sebelum aku hilang punca apabila semua tempat latihan yang aku pohon dijawab ‘don’t call us, we’ll call u’. Ringkas dan senang.

Aku pernah bermimpi macam-macam. Sebelum aku bangkit disuluh cahaya siang.

Melihat dari satu sudut ruang. Nijai, anak yang kecil mengangkat ibu jari kanan menunjukkan isyarat bahawa tauhu yang disuap, sedap di makan.

Tatkala itu, mimpi-mimpi aku lebur.

Aku sudah punyai lebih dari segala yang pernah aku impikan.

Terima kasih Tuhan.

Thursday, December 22, 2005

putaran bumi

Kita semua dapat hidup di atas muka bumi ini kerana bumi berputar di atas paksinya dalam tempoh 24 jam sehari. Cuba bayangkan sekiranya bumi ini tidak berputar, mustahil kita dapat hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi.

Dari putaran inilah terjadinya siang dan malam. Permukaannya yang menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan menjadi malam. Seandainya bumi tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap matahari akan menjadi siang selama-lamanya hingga hari kiamat dan begitulah sebaliknya.

Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus? Sudah pasti keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit dan dari jam ke jam akan menjadi bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih 100ºC sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih dan menggelegak. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seluruh sungai, danau dan samudera mendidih airnya? Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga turut mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu pun makhluk yang dapat hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu-debu yang berterbangan.

Apa pula yang akan terjadi sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Bukan sahaja semua ini akan mendidih, bahkan semua permukaan bumi ini sama ada benda-benda pepejal atau sebagainya, akan menjadi bara api yang tersangat panas. Ketika itu, bukan setakat manusia sahaja akan mati terbakar malahan bumi ini sendiri akan terbakar menjadi debu dalam sekelip mata sahaja.

Kemudian apa pula yang akan terjadi sekiranya waktu malam berlaku terus menerus sehingga hari kiamat? Hawa dan udara dari saat ke saat dan seterusnya dari jam ke jam akan terus bertambah dingin sehingga dalam tempoh 100 jam sahaja akan mencapai takat 0ºC sehingga seluruh air dan benda yang cair akan membeku menjadi ais yang pejal dan keras. Mungkin di saat itu, manusia dan binatang-binatang masih dapat hidup seperti keadaan di Kutub Utara dan Selatan. Namun begitu, bagaimana pula keadaannya sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Apabila udara dan suhu menjunam turun ke bawah paras 0ºC maka sudah pasti akan lenyaplah segala kehidupan di muka bumi ini.

Kedua-dua ibarat ini harus kita fikirkan sedalam-dalamnya untuk melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah dan juga perlindungan-Nya yang diberikan untuk kehidupan setiap makhluk khasnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Katakan pula, bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam kepadamu yang kamu dapat beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”

(Al-Qasas: 72-73)

Dengan adanya putaran bumi siang dan malam maka keadaan hawa di permukaan bumi ini menjadi seimbang dan sederhana iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin. Sehingga manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup dengan selesa di permukaan bumi ini.

Ya... semamangnya kita harus renungkan siapakah lagi selain Allah yang dapat memutarkan bumi sebesar ini? Iaitu planet yang berukur lilit 40,003 km dan beratnya beribu-ibu juta tan itu. Perkara ini hendaklah kita fikirkan sedalam-dalamnya. Seterusnya hendaklah kita selalu mengingati,berterima kasih dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Janganlah kita sekali-kali menjadi orang-orang yang seakan-akan tidak mendengar dan melihatnya sedangkan kita mempunyai telinga, mata dan akal untuk bersyukur memuji-Nya.

Wednesday, December 14, 2005

dajjal

Dajal merupakan makhluk yang akan mendatangkan malapetaka yang dahsyat di akhir zaman. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Antara kejadian Adam dan kejadian hari kiamat, tidak ada kejadian yang lebih dahsyat daripada Dajal.” (Muslim)

Kalimat Dajal berasal dari kalimat dajala yang bermaksud ‘yang menutup’. Mengikut kamus Lisanul Arab, kalimat ini digunakan kerana Dajal adalah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan. Dia juga menutupi dunia dengan kesesatan bersama-sama dengan pengikutnya. Di samping itu Dajal akan mendatangkan huru-hara dan pancaroba yang dahsyat di muka bumi dan Nabi telah menceritakan tentang semua ini melalui hadis-hadis baginda.

Sistem Perisikan Di Era Dajal

Di dalam sebuah riwayat oleh Fatimah binti Qais, pada suatu hari, selepas melaksanakan solat jemaah, nabi telah menaiki mimbar khutbah dan bersabda, “Sahabatmu Tamim Ad-Dari yang dahulunya menganut agama Kristian dan sekarang menganut Islam, menceritakan kepadaku tentang Dajal. Beliau bersama-sama dengan tiga puluh orang rakan-rakannya telah belayar di laut dan kapal mereka telah hanyut selama lebih kurang sebulan sebelum terbabas di sebuah pulau. Di pulau itu mereka menemui makhluk yang amat hodoh, badannya dipenuhi bulu. Mereka bertanya kepada makhluk itu, ‘Siapa kamu?’ Makhluk itu menjawab: ‘Aku adalah pengintip atau spy (ana Jassasah).’ Kemudian makhluk hodoh ini menyuruh mereka pergi bertemu satu makhluk lain yang berbadan besar dan makhluk ini sedang dirantai dengan rantai yang kukuh. Dia mengatakan bahawa dia adalah Dajal.....” (Riwayat Muslim)

Hadis ini mengaitkan era Dajal dengan kewujudan sistem perisikan moden yang hodoh lagi menghancurkan. Di antara jentera perisikan yang banyak memporak-perandakan dunia pada hari ini ialah CIA, Mossad dan KGB. Mengikut satu laporan yang bertajuk The Intelligence Community In The 21st Century, yang dibentangkan pada tahun 1996 oleh sebuah jawatankuasa khas di Amerika yang dikenali sebagai The Permanent Select Committee on Intelligence, Agensi Perisikan Amerika (CIA) sering kali diarahkan untuk melanggar undang-undang sama ada di dalam atau di luar negara. Jawatankuasa ini mendapati CIA telah bertindak di luar batas undang-undang sebanyak 100,000 kali setahun dan mereka sanggup membunuh demi untuk mencapai matlamat mereka.

Mengikut Rodney Stich di dalam bukunya Defrauding America: Encyclopedia of Secret Operations by the CIA, DEA and Other Covert Agencies, pihak CIA telah membunuh Presiden Vietnam Selatan, Ngo Dinh Diem. Pihak CIA juga didapati terlibat dalam rancangan untuk menaikkan pemimpin-pemimpin boneka di negara-negara tertentu dan kemudian jika perlu membunuh mereka selepas itu.

Demikian juga dengan agensi perisikan Israel, Mossad. Pada 10 September 2001, akhbar The Washington Times memuatkan satu laporan khas berhubung agensi perisikan ini, berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Army School for Advanced Military Studies (SAMS) di Amerika. Kajian ini merumuskan, Mossad ialah sebuah agensi yang “liar, kejam serta pintar. Ia mampu menyerang sasaran-sasaran tertentu di Amerika dan menampakkan seolah-olahnya ia adalah perbuatan orang-orang Palestin atau Arab.” Anehnya sehari selepas laporan ini diterbitkan, berlakulah tragedi 11 September, 2001, di New York. Pada tahun 1990, seorang bekas pegawai Mossad, Victor Ostrovsky bersama-sama dengan Claire Hoy, menulis sebuah buku bertajuk By Way of Deception terbitan St Martin's Press, New York. Buku ini menceritakan tentang aktiviti jahat Mossad termasuk perancangannya untuk memburukkan nama Libya dan Saddam Hussein.

Rusia juga mempunyai agensi perisikannya yang dikenali sebagai KGB dan GRU. KGB yang bermaksud Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti memfokuskan aktivitinya kepada golongan awam dan GRU yang bermaksud Glavnoye Razvedyvatelnoye Upravleniye terlibat di dalam perisikan ketenteraan.

Teknologi Di Era Dajal

Mengikut hadis-hadis nabi, era Dajal ialah suatu era yang kaya dengan teknologi canggih. Antara teknologi itu berkaitan dengan kemampuan untuk mengubah cuaca, seperti menurunkan hujan. Berhubung dengan ini nabi bersabda, “Dajal akan mengarahkan langit dan langit akan menurunkan hujan dan dia akan mengarahkan bumi dan bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.” (Riwayat Muslim dan Tarmuzi)

Teknologi yang wujud pada hari ini mampu ‘mencipta’ hujan. Teknologi ini mula diperkenalkan pada tahun 1946 dan menjadi semakin popular pada hari ini, terutamanya ketika menghadapi musim kemarau. Daily Telegraph, London, bertarikh 20 Ogos, 1969, melaporkan, kristal silver iodine telah digunakan di padang pasir untuk menurunkan hujan. Kristal yang sama juga pernah digunakan untuk meredakan kekuatan ribut taufan, seperti yang telah dilakukan ke atas taufan Hurricane Debris dan Hurricane Esther. Mengikut kajian terkini, pendekatan yang digunakan untuk menurunkan hujan ialah melalui ‘pembenihan awan’ atau cloud seeding. Antara konsep yang popular digunakan pada hari ini untuk menurunkan hujan ialah ‘pembenihan statik’ (static mode of cloud seeding) dengan menggunakan bahan seperti garam dan urea, serta ‘pembenihan higroskopik’ (hygroscopic seeding) dengan menggunakan ais dan silver iodine.

Teknologi juga mampu mengubah tanah yang tidak subur menjadi subur lagi produktif. Hal ini tercapai, antaranya, melalui sistem pengairan yang canggih, penciptaan pelbagai jenis baja dan pengubahan bahan mineral dan organik yang terdapat di dalam tanah. Di Amerika, sebagai contoh, pada tahun 1902, melalui Bureau of Reclamation, banyak kawasan tanah yang tidak subur telah berjaya disuburkan melalui pendekatan ini.

Berhubung dengan sistem pengangkutan di era Dajal, Nabi bersabda, “(Kelajuan perjalanan Dajal) ialah seperti awan yang dipukul angin..” (Riwayat Muslim dan Tarmuzi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Dajal akan mengenderai keldai. Jarak di antara kedua telinganya ialah tujuh puluh ela.” (Riwayat Baihaqi) Nabi juga bersabda, “Dajal akan melompat di antara langit dan bumi.” (Riwayat Abu Daud)

Sistem pengangkutan yang wujud pada hari ini, dengan kapal terbang dan jetnya, menepati sabda Nabi yang terdapat dalam hadis-hadis ini. Kelajuan kapal terbang dan jet adalah ‘seperti awan yang dipukul angin.’ Jarak antara kedua belah sayapnya berukuran lebih kurang ‘tujuh puluh ela.’ Kapal terbang dan jet ‘melompat di antara langit dan bumi.’ Jet-jet pejuang Amerika dan sekutu-sekutunya di Barat telah mendatangkan malapetaka yang dahsyat kepada Iraq, Afghanistan dan negara-negara lain. Teknologi dalam bidang ini dikuasai oleh Barat.

Jet-jet pejuang yang dicipta untuk tujuan berperang menjadi semakin canggih pada hari ini. Antara tahun 1930 – 1940, antara jenis pesawat yang digunakan untuk berperang ialah BF-109 Messerschmitt, Hawker Hurricane, A6M Zero, Fokker G.I, JU87 Stuka, Fokker D21. Antara tahun 1940 – 1950, Supermarine Spitfire, P47 Thunderbolt, P51 Mustang, Mosquito, F4U Corsair, P38J Lightning, F86 Sabre, P40 WarHawk, FW190 Focke Wulf, Messerschmitt ME262, F6F Hellcat, P80 Shooting Star, B25 Mitchell, F8F Bearcat, Mig15 Fagot, A1 Skyraider, Macchi M.C.205 Veltro, Gloster Meteor F Mk.8, B-17 Flying Fortress, de Havilland Vampire digunakan. Antara tahun 1950 - 1960 MiG21 Fishbed, F104 Starfighter, F8 Crusader, B52G Stratofortress, CF-105 Avro Arrow, F106 Delta Dart, F-84F Thunderstreak, MiG17 Fresco, F105 ThunderChief, F100 Super Sabre, J32 Lansen, F101 VooDoo, B58 Hustler, MiG-19 Farmer, J29 Tunnan, Super Mystere B2, Hawker Hunter digunakan. Bermula tahun 2000, jet-jet pejuang dari jenis F/A-22 Raptor, LCA, EuroFighter 2000 Typhoon, SU47 (S37 Berkut), SU37 Terminator, MiG/MAPO 1.42 MFI, Aurora, FA-18E Super Hornet, X35 Joint Strike Fighter (JSF F-35) dan Chengdu J-10 pula digunakan.

Di era Dajal nilai-nilai kerohanian tidak lagi dipandang penting. Justeru teknologi canggih yang wujud di era itu seringkali di salahgunakan. Nabi bersabda, “Apabila Dajal datang, mata kanannya adalah buta dan mata kirinya akan bersinar seperti bintang.” (Riwayat Bukhari dan Ahmad) Memandangkan Nabi sering mengaitkan bahagian kanan dengan kebaikan, keadaan mata Dajal yang buta di sebelah kanan menunjukkan dia tidak mementingkan aspek kerohanian sama sekali. Segala tindakannya adalah untuk kepentingan duniawi semata-mata.

Berpandukan hadis-hadis yang telah dipaparkan, tanpa kita sedari, kita sebenarnya sedang berada di era Dajal. Justeru, umat Islam pada hari ini perlu memahami ajaran Islam yang sebenarnya berlandaskan al-Quran dan as-Sunah. Ajaran itu hendaklah dihayati dan ‘digigit dengan gusi-gusi kita.’ Jika tidak, kita akan hanyut seperti buih di atas permukaan air. (Untuk perincian berhubung tajuk ini, bacalah buku Empayar Minda Muslim karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin).

Sunday, December 04, 2005

bakawali

Nama Saintifik: Bakawali
Nama Tempatan: Epiphyllum anguliger
Nama Lain: ric rac cactus,moon cactus, queen of the night
Famili: Cactaceae
Lokasi dijumpai: Tanaman hiasan
Asal:
keterangan:
Tumbuhan dari famili cactus ini Ia membiak melalui keratan batang.
kegunaan:

Ulasan pembaca
--------------------------------------------------------------------------------
Bakawali juga digunakan untuk merawat luka dengan cara menumbuk halus sehelai daun bakawali dan disapukan pada bahagian yang luka sebelum dibalut. Sifat analgestik pada bakawali dapat menolong mengurangkan kesakitan.Ia juga mampu untuk menghentikan pengaliran darah pada luka. Disamping itu juga ada pendapat yang mengatakan dengan minum air rendaman bunganya tekanan darah tinggi dapat diturunkan, namun pendapat ini masih belum dapat dibuktikan
~Nor
--------------------------------------------------------------------------------
Bukan ke untuk putus susu tu pokok batang wali yang selalu menjalar atas pagar tu?
~Syafiq
--------------------------------------------------------------------------------
dulu nenek saya penah citer tentang pokok bakawali.. katanya masa nak bunganya nak kembang ia mengeluarkan asap.. betul ke tak.. tak tau laa..
~cikngah1009
--------------------------------------------------------------------------------
lorr confuse ni...ni bunga dari pokok bakawali yang pahit tu ke nor
~zam@Pre10der
--------------------------------------------------------------------------------
Ni bukan yang pahit tu yang pahit tu patawali
~Nor
--------------------------------------------------------------------------------
pakcik saya ckp bunga bakawali baik untuk perempuan yang dah kawin.betul ke
~kacawali
--------------------------------------------------------------------------------
Betul ker bunga nie hanya ader pada tgh malam sahaja? Siang hari ader daun jer. Bunga nie pun jarang2 ada kan?Orang kata lagi,saper2 yang ader pokok bunga nie, rezeki murah.BETUL KER?
~Yoe
--------------------------------------------------------------------------------
Mengikut kepercayaan kaum cina kalau pokok ni berbunga maknanya kita nak dpt duit le tu. Tapi sebagai orang islam jangan lak kita percaya menda2 cam nih. Saya punya belum pernah berbunga lagi walaupun daunnya mencanak2 naik.
~Admin
--------------------------------------------------------------------------------
memang betul bunganya kembang mekar pukul 12 malam dan wangi baunya, rumah mak saya ada pokok ini, keluar asap tak pasti....
~jis
--------------------------------------------------------------------------------
kata org tua2 kat tpt saya dlm bunga ni ada puteri sbb tu bunga ni kembang kul 12 thgmlm tapi susah nak jumpa bunga ni kembang tgh mlm sbb kalau kita tunggu kita akan tertidur jugak, tak tau ler betul ke tidak cerita ni jgn percaya dah ler..
~ren31
--------------------------------------------------------------------------------
pokok ni adalah yang batang dia menggerutu kan?kalau tak silap saya, rasa dia pahit yang amat sangat.
~demampanas@hotmail.com
--------------------------------------------------------------------------------
Ini bukan yang batang menggerutu tu , yang tu namanya patawali/batangwali/pakawali/brotowali. Yang ni bakawali.Untuk maklumat patawali sila ke : http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=47
~Nor
--------------------------------------------------------------------------------
Kat rumah saya bunganya lebih besar dari nie. Kelopaknya lebih banyak lagi. Mak saya pun kata ia kembang pkl 12mlm. Tapi tanpa disedari ia sudah pun kembang dalam pukul 8 malam lebih. Bunga ini masih boleh dilihat diwaktu sianghari. Tetapi dah layu sebab saya ada terbaca ia hanya akan hidup selama 3 jam sahaja. Itu baru pertama kali berbunga. Sekarang nie ia sedang berputik dah besar jugalah. Dalam 5 kuntum . Kalau ada rezeki saya nak tengok dia kembang insyaallah nanti saya ceritakan macammana ia kembang. Ada kakak tu, memang mengadap betul-betul depan bunga nie bila ia kembang.. sebab dia bawa masuk pasu dalam rumah dan letak atas meja. Mak cik kat rumah tu pun cakap kalau bunga nie kembang murah rezeki. Tapi saya tak percaya rezeki murah kerana bunga nie. Sebab ia berbunga dan kembang pun dengan izin Allah jua. Tapi jika org kata kalau pokok nie ditakdirkan berbunga sebagai tanda Allah nak murahkan rezeki kita.. boleh juga diterima.
~bakawali
--------------------------------------------------------------------------------
Terdapat amalan Masyarakat di Thailand menggunakan getahnya bagi proses putus susu ibu-anak. Getahnya disapu ke puting ibu dan kerana rasanya pahit akan menyebabkan anak kecil tersebut tidak berminat untuk menyusu lagi.
~shazmansaidi@yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------------
Dikenali di Indonesia sebagai wijayakusuma merupakan herba terpenting dalam merawat luka dan bisul dimana masyarakat disana menempel daun batawali yang yang telah ditumbuk halus sebelum membalut luka.mereka juga menggunakan batang batawali yang telah dikeringkan serta ditumbuk lumat bagi mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.Oleh kerana serbuk batang batawali amat pahit,mereka lazimnya memakan bersama pisang ataupun sirih.Batawali juga merupakan ubat tahan sakit yang paling berkesan serta mampu menetralisirkan pembekuan darah.Namun seperti herba yang lain ia juga mempunyai kesan sampingan,dikatakan jika diambil berlebihan pesakit diabetis boleh pengsan kerana tindakbalas penurunan paras gula yang drastik.Namun sehingga kini masih belum ada lagi kajian secara saintifik keberkesanan batawali dalam merawat penyakit kronik dan mengenalpasti komposisi bahankimia didalamnya.
~lisa_shah72@yahoo.co.uk
--------------------------------------------------------------------------------
saya nak sikit benih dia bleh tak?cantik la plak bunganya....
~liyana_ratmono@yahoo.co.uk
--------------------------------------------------------------------------------
Saya ada tanam pokok ni kat rumah ada 3 pasu. Dah berbunga banyak kali. Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam dalam pukul 10.00pm dah mula kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunga akan layu bila dah pagi. Sekali jer ia kembang, pas tu layu terus...
~anita@tnrd.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
Bakawali saya dah mula mengeluarkan putik bunga. Agaknya berapa lama sebelum bunga ni kembang sepenuhnya
~Seniorita
--------------------------------------------------------------------------------
i blurr and i really have no idea on this whatsoever flower.but, it is so nice and beautiful.love it.
~abanes vilvar
--------------------------------------------------------------------------------
malam ini, 31/11/2005 ada 3 kuntum bunga akan kembang di rumah saya.
~anur67
--------------------------------------------------------------------------------
siapa nak benih bakawali...free. saya nak buang semua...meh la ambik!
~Apak Nuar
--------------------------------------------------------------------------------
ni ker bunga pokok bakawali? bagi ler gambar seluruh pokok ngan bunganya skali.
~ade
--------------------------------------------------------------------------------
Ada orang kata dan sayapun tak tahu siapa orang tu, dah lupa. Dia kata,
orang perempuan (berkahwinlah) yang tanam pokok bakawali dan berbunga, menandakan dia akan dapat madu ataupun bermadukan Madura, tanpa pengetahuannya. Pernah berlaku di Quarters Polis, Kajang.
Betul ke? Tak tau lah saya. Tanyalah pada orang yang saya dah lupa tu.
~Bangnuard@yahoo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
Shafiq,zam,shzmansaidi, jue, lisa shah,nor dan budak demampanas. Merapulah awak ni. Tengoklah gambar tu betul-betul. Ada yang kata batawali, ada yang sebut batang wali. Apa lah u all ni. Yang dari Indon pun satu, nak tunjuk pandai tapi tak betul. Tak tau jangan kacaulah.
Paling teruk yang percaya mengarut, ada asap lah, dapat madu Madura lah. Ada ong lah. Apa tu. Kepala hotak kau orang, Merapu Kapunden Marang Sekeper.
~Abang Anuar
--------------------------------------------------------------------------------
Melalui pengalaman saya bunga bakawali memang kembang pada waktu malam dan layu pada waktu siang dan akan kembang semula pada malam berikutnya sehinggala 2 atau 3 malam. Saya nak tahu khasiatnya pada bunga atau daun?.
~labo AKK
--------------------------------------------------------------------------------
Saya mula mengenali bunga ni sejak saya kecik lagi. Masa tu kat kampung, banyak ditanam kat depan rumah. Memang bunganya akan terbit dari celah-celah daunnya. Ianya akan hanya kembang pada waktu malam. Keadaan fizikal bunga ni memang lembut dan mudah rosak. Mungkin sebab tu Allah takdirkan ianya kembang malam saje, kalau siang, tentu ia takkan bertahan sebab suhu yang lebih tinggi. Kata org tua-tua, kalau kita tunggu ia kembang, ia takkan kembang-kembang. Tapi saya pernah tunggu, akhirnya ia kembang jugak.... Baunya wangi macam bau bunga hutan masa kita tidur dalam hutan malam-malam.
~nurisham@jpa.gov.my
--------------------------------------------------------------------------------
kelakar betul la korang ni. bakawali dengan patawali pun tak kenal.
patawali yang pahit tu jauh sangat beza dengan bakawali yang dianggap bunga standard atau ada kelas nie. ingat tak, kan ada lagi bakawali...
setahu saya, biasanya orang tanam kat depan rumah konon nanti murah rezeki. isyy, tak tau la betul ke tak. nampaknya maklumat yang kita dapat pasal bakawali lebih kurang sama ye...
~nz
--------------------------------------------------------------------------------
walaupun pahit ianya tetap mujarab
~c2v_jue@yahoo.
--------------------------------------------------------------------------------
pesal ni, letrik tak der.. blackout kot!
call tnb.. cepattttt........
~belalang
--------------------------------------------------------------------------------
bakawali,rajawali,patawali,batangwali,pakawali,brotowali,brocoli tu spesis sama ke?
~cookies
--------------------------------------------------------------------------------

Thursday, December 01, 2005

asal usul PAHANG

Asal Usul PAHANG

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

"Hamba cadangkan nama Karma Sari."
"Hamba pula cadangkan Margapura."
"Karma Sari lebih molek."
"Molek lagi Margapura."
"Pilihlah Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari molek!"
"Molek lagi Margapura!"
"Tengkorak hang!"
"Opah hang!"
"Opah hang!"

"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.

Monday, November 28, 2005

bahasa sebuah memori

Penggunaan bahasa memori tak banyak beza dengan bahasa surat biasa. Apa yang membezakan adalah isi ceritanya. Bahasa memori biasanya lebih sayu dan banyak flashback serta kesinambungan kisah silam ke persada alam khaya l yang dipanggil Kesinambungan Kelebet. Untuk memahaminya pakcik bagi kau orang baca sebuah memori dari kawan pakcik yang kirim surat lama minggu lepas.

Din,
Kita bertemu lagi. Ada cerita aku nak sampaikan kepada kao, Din. Sebenarnya aku baru saja puleh dari penyakit jeblok, iaitu penyakit kasawanan anti-biotik hydro kromoson atau dikenali sebagai selsema. Ini semua kerana chintaku telah meninggalkanku, Din. Tiga orang semuanya. Aku cherita kepada kao dalam bentuk memori. Ijinkan aku menggunakan nama mereka seolah-olah aku menulis kepada mereka.

Melor,
Sampai hati kao meninggalkanku begitu sahaja apakah salahku... apakah dosaku. Aku masih ingat lagi ketika aku menaruh racun ke kolam ikan kepunyaan bapakmu, hinggakan kesemua ikan didalamnya habis mabuk seperti meminum minyak tanah. 358 ekor semuanya dan telah ku longgokkan di laman rumahmu. Ku harapkan kao gumbira dengan pemberianku ini supaya kao tidak perlu lagi pergi ke pasar membeli ikan. Tetapi tiba-tiba saja kau terus jatuh terkelempap setelah kai menggoreng dan memakan ikan-ikan tersebut. Tidak lama kemudian kao terus mati dan tinggallah aku seorang diri.

Kesumawati,
Kita mungkin dilahirkan untuk bersama. Antara kita terlalu banyak persamaan. Kao suka mee jawa aku pun suka mee jawa. Kao suka ketawa aku pun sama. Pendekata, kao dan aku sama. Teringat aku akan kemesraan kita berdua. Ketika kita bercengkerama di belakang reban itikmu itu. Kao kata kao gatal-gatal digigit nyamuk. Aku tak sanggup melihatmu menderita sedemikian. Lantas ku bakar reban itikmu itu kerana aku percaya disitulah nyamuk-nyamuk jahanam itu bersarang. Seketika kemudian aku lihat kao juga terbakar kerana cuba menyelamatkan salah seekor itik. Tidak lama selepas itu kao terus mati dan meniggalkan aku yang tertanya-tanya.

Kencana,
Kalau dapat kucapai bintang dilangit akan kuberikan kepadamu. Begitulah besarnya cintaku terhadapmu. Kaolah satu-satunya gadis yang membimbing dan memberi pedoman padaku untuk hidup di kota yang serba maju ini. Aku sedar yang aku ini anak kampung, tak punya apa. Tapi kao tetap menerimaku. Aku sungguh terharu dengan keikhlasanmu itu. Teringat aku ketika menolongmu memasak dirumahmu itu. Kao suruh aku beli minyak untuk goreng ayam. Ya... aku masih ingat lagi pesanmu itu. Keranamu aku sanggup meredah hujan hanya untuk membeli minyak. Betapa manisnya senyummu ketika kao menuangkan minyak.......blaaa...blaaaa...blaa

Saturday, November 19, 2005

bahasa lama

Malam Jumaat yang lalu PakCik aku buka peti lama kepunyaan nyer yang dalam setor tu sebab nak cari geran tanah... untuk dijual. Entah macamana pakcik aku terjumpa 'pulak' sepucuk surat lama kiriman kawan lama nyer. Waktu baca semula surat ini, termenung pakcik aku dibuatnya. Rupa-rupanya bahasa kita ni berubah-ubah ikut peredaran zaman 'yek'. Cuba le kau orang tengok perbezaan gaya bahasa dan ejaan dulu dan sekarang dan cuba bandingkan dengan geran tanah milik ketua kampung kau orang.

Ku Hamid,
Malacca.

6.5.1943

Kembali kepangkuan sahabat ku Din...

Aku berharap semoga diri kao sehat sejahtera dan semoga kao gumbira selalu. Bagaimana chuacha ditempatmu? Tentunya panas. Adapun diwaktu ini aku juga sehat. Din... apa pekerjaan mu sekarang? Masehkah kao menulis untuk majalah 'International Encyclopedia'? Aku ada mendengar khabar yang kao akan menulis untok majallah Ujang pada tahun 1994 nanti. Benarkah begitu? Jika benar aku ingin menguchapkan tahniah. Aku sunggoh suka hati.

Din

Adapun tujuan aku mengirimkan surat ini kepada mu kerna ia ada membawa maksud. Aku ingin meminta pertulongan dari mu, kalau bolih aku mau meminjam uang sebanyak lapan puloh ringgit untok aku membeli gitar karan, kerna aku ada di-tawarkan untok bermain gitar dalam sabuah kumpulan pancharagam iaitu kumpulan 'Metallica'. Aku harap kao sedia memberikan pertulongan dan aku akan membayar balik hutangku itu siap dengan bunganya sekali.

Din...

Selain daripada meminjam uang aku juga ingin mempelajari chara-chara bermain gitar dari mu kerna aku ada mendengar kao hebat bermain gitar. Oh ye Din... hampir aku terlupa, kalau bolih celana Bell-bottom dan kasut Hail Amir mu itu berikanlah kepada aku untok aku pakai semasa bermain pancharagam.

Din...

Aku harap kao tidak akan menghampakan aku kerna aku memang berchita-chita untok bermain pancharagam dan doakanlah semuga aku mendapat chahaya kejayaan. Oh ya... sebelom aku mengundurkan diri sampaikan salam pada ayah dan bondamu. Akhir kata semoga kao gumbira selalu. Salam hormat dariku. Aku akan menalipun mu. Sekian.


Wassalam,

Sohabatmu yang jauh.
Ku Hamid.


NOTA: Untuk pengetahuan korang semua selepas sahaja pakcik aku pinjamkan duit lapan puluh ringgit dan mengajar Ku Hamid bermain gitar, dia terus saja berangkat ke USA dan bermain gitar untuk kumpulan Metallica. Pak cik kata dia telah menukar namanya kepada Kirk Hammett. Dan duit lapan puluh ringgit yang dia pinjam itu sampai sekarang dia belum bayar... Chiss..!

Saturday, November 12, 2005

cenderawasih

AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.

Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala dengan mengucap Alhamdulillah rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.

Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir dan berdoa.

Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.

Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dab bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan batu-batu permata yang lainnya.

Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.

Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.

Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnya amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.

Telah tersebut cerita seorang tentera Islam masuk ke dalam negeri Rom dan dia takut kena tangkap tentera kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya.Maka dia pun turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz olehnya, Kemudian dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut. Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di rumahnya, maka sukarialah keluarganya. Wallahu'alam.

" Sesiapa sahaja yang melihat burung Cenderawasih, maka tidak terkiralah gembira dihati dan perasaannya"

~Dipetik dari sebuah Hikayat kitab lama.

Wednesday, November 09, 2005

miau3

(Ahhh sudah.. asyik nak bersajak la pulak aku ni... iye betullll hik.3)

Mula-mula dilahirkan
anak kucing itu adalah anak kucing terbuang
Satu keluarga perihatin mengambilnya
Lalu dikumpulkan
bersama anak-anak kucing yang lain
berbagai warna
berbagai jantina
berbagai ukuran
berbagai telatah
berbagai suara

Miau Miau Miau
anak kucing selalu berbunyi

Miau-Miau-Miau
masa bermain

Miau-Miau-Miau
masa lapar

Miau-Miau-Miau
masa bangun dari tidur

Miau-Miau-Miau
masa dimainkan

Miau-Miau-Miau
masa disakat
oleh anak tuan rumah

Tuan rumah memang penyayang
membawa pulang kucing jalanan
didalam kotak
tanpa menyinggah
rumah penuh dengan kucing
apatah lagi anak-anak kucing

cuma anak-anak kucing
tidak dibenarkan masuk kerumah
tuan rumah khuatir
jika anak kucing masuk
keluar meninggalkan buah tangan
seisi rumah akan mengeluh
seisi rumah akan marah
seisi rumah akan bersusah payah
membersihkan buah tangan yang ditinggalkan

diluar rumah
disediakan satu kandang
walaupun tidak mewah
tapi sentiasa bersih dan kemas
menggamit masyarakat
datang menjenguk

Satu hari
Datang satu keluarga
hendak meminta anak kucing
katanya ingin menjaga dan membelai
dengan kasih sayang
sebagai teman anak dirumah
sebagai belaan
binatang kesayangan Rasulullah s.a.w
sepertimana tuan rumah asal
malangnya tidak dibenarkan
tuan rumah tidak sampai hati
khuatir...
risau...
bimbang...
jika anak-anak kucing
yang diberi
tidak mendapat layanan yang sepatutnya
naluri tuan rumah
selalunya tidak tersilap
malang nanti
anak-anak kucing itu
biar susah
biar payah
anak kucing
tidak akan berpindah
sayang...

Ada juga anak-anak kucing
yang suka bermain dengan anak tetamu
lantas secara diam-diam
dibawa pulang
tanpa di sedari oleh yang empunya
anak kucing itu adalah seekor darinya

tuan rumah melambai dari pintu
tetamu melambai dari dalam kereta
tanda perpisahan
entah bila mungkin
akan bertemu lagi

selang masa kasih berpanjangan
anak kucing yang hilang
dikata nakal
mencuri makanan
bukan niatnya
difikiran kecil
hanya untuk
melegakan kelaparan

bagaikan sakti jiwa yang abadi
anak kucing yang di kata nakal
kini sudah besar
anggun dan ayu peribadi
macho lagi ranggi
ampuh menempuh halangan
lari diri dari dipukuli

tiba dirumah asal
masih diterima kembali
diberi makan, minum dan mandi
tuan rumah dan keluarga
berhati mulia lagi suci

anak kucing sebenarnya
tidak nakal
apa lagi mencuri
jika makan-minum
yang cukup
baiduri manik embun pagi
kilau memancar
kasih sejati

keluarga si pencuri
berhati hitam umpama malam
gelap gelita tiada pedoman
usaha hati panas berlari
mahukan anak kucing
yang selalu di sakat di siksa dan disakiti
makanan sendiri banyak bersisa
tapi untuk anak kucing
tidak di sedia
kedalam tong sampah
destinasi terakhir

kepada tuan rumah
si pencuri mengadu
anak kucing berlari sembunyi diri
risau diri akan disakiti
tuan rumah yang memahami
berkata ia akan segera
mengambil tindakan

keluarga pencuri
pencuri anak kucing
mencuri untuk kepuasan diri
menyakiti binatang
melepaskan geram
malang nasib anak kucing
disuruh bermain
disuruh berlari
tapi sayang
selalu terbiar menyepi
keluarga pencuri
tidak mengerti
anak kucing tidak kenal hati budi
tapi dalam naluri
anak kucing mengerti

membelai anak kucing
impian sekeluarga
mahu dipuja mahu dipuji
tapi akhirnya
tidak dapat berbuat seperti
tuan rumah berjiwa sejati

anak kucing itu
kini berlari
kesana kemari
dirumah asal wajah berseri
minta susu
makanan pun diberi

tiada lagi manusia
yang zalim menyiksa
tiada lagi manusia
yang selalu memukul
tiada lagi manusia
yang tidak memberi
makan dan minum

dan anak kucing itu
akan terus berlari dan berlari dan berlari
tidak lagi menyendiri
dan disakiti
seperti dirumah
keluarga pencuri

Miau-Miau-Miau
anak kucing berbunyi
seakan menyanyi
lapangnya hati

Miau-Miau-Miau
Kasih bertaut selayang ingatan yang hakiki..

Wednesday, November 02, 2005

selamat hari raya

baik korang layan pantun-pantun aku ni kejap, hihihi, tapi bukan aku yg reka ler, hanya ciplak semata2. Haa...tapi kene baca pantun ni dengan nada dan intonasi yang betul, hihihi. Layan jerlah....

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Hik3...SELAMAT HARI RAYA!

Sunday, October 30, 2005

minal aidil wal faizin

seLaMat HaRi rAYa aiDil fItri

kepada semua member..

maaf zahir batin!


1 syawal 1426

Monday, October 24, 2005

pencegahan jenayah

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini, pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada tempoh masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi sanak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah di bawah; maklumkan alamat rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran yg anda percayai dan balai polis terdekat.

Pecah rumah

Bagaimana boleh berlaku

1. Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
2. Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
3. Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
4. Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
5. Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
6. Menggunakan kunci pendua.

Sebab Berlaku Pecah Rumah

1. Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
2. Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
3. Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
4. Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
5. Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

1. Memaklumkan kepada balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
2. Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
3. Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
4. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
5. Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
6. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
7. Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
8. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
9. Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian simuka pecah rumah/penjenayah


"Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis."

p/s : macam tahun2 yg lepas, tahun ni belalang mesti balik kampung!..
eeee.... sonokkk nye!..

Thursday, October 20, 2005

hikayat 1 hari 1 malam

Aku tak penah citer dalam entry yg lepas2 diari idup sehari aku..
Bukan apa , malam ni aku terkejut tgh malam sbb aku tidor awal dan
raser tekak aku ni haus sesangat.

Dah masuk 16 ari dah umat islam poser taun ni, aku pun sama,
dah separuh bulan, kejap je raser.. kira nikmat `kick poser` dah
nak naik. Cam biaser seperti pagi2 yg lain aku pegi keje,
lalu jalan sama cam semalam. Kalau semalam aku lalu sini,
jalan ni jugak. Beh kurang sama je jumpa org yg pentingkan diri sendiri.
Semua ade tujuan, semua ketempat masing2. dalam kepala diorang
ade macam2 yg diaorang pikir. Kalau ader roti pun bukan leh sapu jem.
Jem ni jem lain dari yg lain. Ini jem `trafik jem..`
Masa aku queue semalam nak bayar tol, adelah sebuah lori kecik kat
sebelah aku. `pon..ponn` dia bagi honk kat aku.
Aku toleh sebelah, driver tu cebik muka dia..halakan
ketayar belakang aku. Pusing2 tangan kanan cam nak buat baik ngan aku.
Aku paham maksud dia.. tayar blakang aku poncit ..
mmg raser gelong2 tadi. Pas bayar tol.
aku ketepi cari parking..hhmmm bila kuar kete,
tgk tayar mmg poncit daa..
`alhamdulillah` aku syukur sgt sbb dia poncit kat tempat baik2,
bukan tgh hutan atau dalam hujan. Ini mmg keje peveret aku,
sebarang keje guna tulang pat kerat mmg aku minat dari dulu.
Dalam 15 minit je aku dah siap cuci tangan.

Pagi ni aku sampai tepat masa, mulut aku sih pelan2 nyanyi
lagu `man baii` (tajuk lagu aku tak tau, yang aku tau
~ ramadam ini..~ bole la tu..) terus aku ulang sebab lam kete
tadi asyik sgt lagu tu kat radio. Aku mmg suka man bai.
Takat aku tau la.. personaliti dia kira ok gak.
Suka yg puitis cam ramli sarip dan ebiet g ade. Peveret lagi!..

Selak2 keje yg aku kena buat ari ni… ermm biaser je!
Dah dekat tghari..aku menguap cam badak air tak tidur seminggu,
ngantuk giler! Sempat gak aku leep kat kusi.. sib baik bos tak
turun jenguk,, hik3..
Tapi kejap je, ade mamat vendor nak jumpa kerana nak compirm spec
barang yg diantar sama ngan yg exist.. aku tarbie gak mamat tu
sebab datang nak buat keje dengan tak cukup alatan keselamatan..
apa punya vendor! Aku dah geram.. tapi cepat2 aku ingat balik,
ni bulan poser, mungkin dia terlupa.. ok la, cool balik… sowi beb!

Solat zohor aku lewat skit.. tapi masih separuh waktu.
Ini lah perngai aku yg susah nak ubah.. masyaallah!...
Aku buka internet..post blog yg bawah ni ~hik3~.,
macam aku dah terlupa sesuatu, semyumku tetiba..
kalau korang tengok mesti kata aku tak sihat!
Ade sms dari kakak.. cam ajak aku teman dia, suka sgt raser,
dia kata dia loya ngan meeting kat keje dia,.. sok..sek..sok..sek
ngan kakak.. guitar, elizabeth, harry, ibu ,anak dan blaa..blaaa ..blaa....
ceria je dia, kadang2 dia bisu, aku tekedu!,..
aku akan tekedu bila dia bisu.
aku dah lewat solat lagi akibat terlajak sokkk ..sekk...
tak per, sih ade masa

Nak balik dah, aku tengok kat jalan kete berbaris
panjang cam raptai ari kebangsaan ke50.
Mesti tak sempat buka poser kat umah kalau macam ni,
belok kiri ke petrol station, beli lemon tea lipton utk
bekalan disamping 3 ketul kue (bukan kue siput tau..)
Kat luar hujan mengila. Macam tak der ari lain dah nak turun,
cam nak gugur semua air kat langit tu,
cam esok dah start kemarau panjang..
tapi itu lah fenomena yg aku suka.
Dingin dan buat otak aku beku kejap. Sambil dengar radio
kete light n easy.. waktu buka dah masuk, aku ketepi skit,
area bus stop yang tak der orang. Aku capai lemon tea lipton
dan semasa aku `allahhum malakasomtu….. teraser ader
cebikan kat muka aku., jemuran dah turun….pipi aku basah..
kerdil sgt raser aku kala ni. biarkan lah,
sesungguh nyer aku redha! Airmata ini amat panas .
Terbayang ayah dialam nye!
Lepas teguk separuh , aku jalan terus kerumah.
Lepas isyak, teraser kepala pening sikit, mungkin kena hujan
masa keluar dari kete tadi.
Aku raser berat sgt kepala ni, malas sgt nak gi terawih..ohhh…
Tgh malam aku terjaga….ohhhhh..lagii..
Macam2 dlam kepala ni! Mungkin aku dah terlajak jauh!..
Jap ehh… aku nak main solitaire!..

*#^%&*^ …bila lagu raya nak berkumandang..ni , belalang?

Wednesday, October 19, 2005

hik3 :-)

Citer ni diceritakan satu mamat tu kat aku.
Sampai nak pecah perut dibuatnya.
tapi aku tahan, buat2 tutup mulut ngan tangan,
konon citer dia amat lah boring..

Ia berlaku at Jalan Pahang.
Satu malam tu kawan pompuan kawan mamat tu punya kawan,
dia baru jer balik dari party, tak tahu la banyak mana
dia tonggangg, tapi memang dia betul-betul mabuk.
So masa dlm perjalanan balik umah tu,
ade road block olih police, polis tu tanya dan minta
driving license awek yg pening2 tu,
dengan selamber bomba awek tu kuar dari kete untuk
serahkan licence tu pada mat police.
Tapi pada ketika yang sama tu jugak berlaku kemalangan ditempat tu.
kira teruk gak la accident tu, semua terkezut!
Polis segera meninggalkan awek tu kerana untuk bantu kemalangan.
So this girl dah gubra tak tahu nak buat camne,
Dia terus lari ke kete dan memandu balik umah di taman Medan.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan...

polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM TADI?"
Awek ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER?.."
Awek tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!.. ITU KETE SAPA TU?.."

Awek tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak kete polis
yg malam tadi balik rumah, dia ingat kete dia sebab kaler
sama warna putih (wira) cuma kete dia takde sticker polis kat tepi
pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Hikhikhik....
moral of the story, jgn beli kereta wira warna putih.
pakai Savvy merah lagi cun !..

Saturday, October 15, 2005

ayah pin latest pic..

Recently i heard ayah Pin was found in india and changed his name to ayappan, and now.... in penang?.


ayahpin latest pic

Friday, October 14, 2005

dicelah2 rimbunan

riuhsepi dingin dinihari
kumamah kalimah mengharap redha Illahi
sepanjang hari meletakkan zahiri dan batini
di atas waras iman dijelajahi

kujelajahi kegelisahan yang dahaga
letih meniti hari mengutuh peribadi
tangkas menepis serangan sendiri
musuh dan lawan mengharum suci






ketika siap berbuka
kemenangan pula dahagakan cabaran lain
tarawih dan witir menjelmakan insan fakir
khusyuk patuh tunduk ke langit

ramadan almubarak
semarak kasih Illahi tak kemarau
gemuruh iman menakluk cahaya pedoman
hari-hari melayari kehidupan

Thursday, October 13, 2005

rumah

Rumah! Apa itu Rumah? Rumah adalah bangunan dan perkara yang berbeza bagi setiap individu. Rumah yang pertama adalah mulanya hanyalah sebagai tempat untuk berlindung dari ancaman binatang-binatang buas, musuh serta tempat berteduh dari kesan-kesan cuaca. Tetapi dengan perubahan masa dan penciptaan benda-benda baru, manusia menjadi lebih bertamadun dan mempunyai keperluan yang baru.

Dari berumahkan gua, manusia membina rumah yang beratap, berdinding. Dari mempunyai sedikit hiasan pada dinding gua, manusia menjadi lebih kreatif dan mementingkan kepada kecantikan dalam rumah mereka. Kepada mereka rumah bukan sahaja tempat untuk mendapatkan perlindungan tetapi juga sebuah istana yang mencerminkan citarasa serta keperluan penghuninya.

Oleh kerana keperluan serta citarasa manusia berbeza dari satu daerah ke daerah yang lain, dari satu bangsa ke satu bangsa yang lain, begitu juga rumah mereka. Bagi sesetengah orang, rumah dijadikan tempat untuk menunjukkan kedudukan atau statusnya di dalam masyarakat dan mengambarkan kejayaan dalam hidupnya. Walau apa sekali tujuan atau makna yang ditonjolkan oleh rumah, yang menjadi persamaan antara semua ialah keperluan dan kepentingannya kepada hidup kekeluargaan dan pembangunan keluarga, lebih-lebih lagi bagi si anak



ini umah aku, bukan umah antu

Tuesday, October 11, 2005

menggong..

dulu arwah ayahanda paling tak suka bila aku sebut perkataan tu..
banyak dia pesan, jangan sebut ba** , gil*, puk* dan macam2.
bih kurang tu cam mencarut la aku kira..aku jdi fobia dengan nye!
tapi lain plak menjak 2menjak ni..
'menggong..' seakan aspirasi baru dalam komunikasi, seperti
kita lebih intim kerana nye.. mungkin aku juga sedang 'menggong'..
apa pun aku dah tau kini, secara spontan atau buat2 donno,
semasa situasi 'menggong' amat hebat. inspirasi mengunung!..


titip rindu buat ayah..

dan pohon kemuning
akan segera ku tanam
satu saat kelak dapat jadi peneduh
meskipun hanya jasad bersemayam disini
biarkan aku tafakur
bila rindu.. kepada mu

walau tak terucap
aku sgt kehilangan
sebahagian semangat ku ada dalam doa mu
warisan yg ko tinggal, bertuah sederhana
aku catat dlam jiwa
dan coba.. ku jalankan

meskipun aku tak dapat menunggu mu saat terakhir
namun aku tak kecewa
mendengar engkau berangkat
dengan senyum dan ikhlas
aku yakin ko cukup bawa bekal
dan aku bangga jadi anak mu

ayah.. aku berjanji
akan aku kirimkan
doa yg pernah ko ajarkan kepada ku
setiap sujud sembahyang, ko hadir terbayang
tolong bimbinglah aku
meskipun ko dari sana

sesungguh nya lah
aku menangis sgt lama
namun aku pendam agar ko berangkat dgn tenang
sesungguh nya lah aku merasa blum cukup berbakti
namun aku yakin ko telah memaafkan ku

air hujan menguyur.. sekujur bumi
kami yg ditinggalkan...tabah..dan tawakkal..

ayah..aku mohon maaf
atas keluputan ku
yg aku sengaja.. mau pun tak sengaja
tolong pandangi kami dengan sinar nya syurga
teriring doa..selamat jalan
buat mu ...ayah tercinta!..

(1.30am ~ jumaat ~ 27 april 1990 ~ 1 syawal 1410)



p/s.. putra n putriku

Saturday, October 08, 2005

semusim bercinta

`
izinkan lah..ku kucup kening mu
bukan hanya ada didalam angan
esok pagi..ko buka jendela
kan ko dapati seikat kembang merah

dan ko tau, aku mulai bosan bercumbu dengan bayang-bayang
bantu lah aku temukan diri
menyambut pagi...membuang sepi

izinkan lah aku kenang
sejenak perjalanan
dan biarkan ku mengerti
apa yg tersimpan dimata mu

barangkali ditengah telaga
ade tersisa butiran cinta
dan semoga kerinduan ini
bukan jadi mimpi diatas mimpi

izinkan lah aku rindu
pada hitam rambut mu
dan biarkan ku bernyanyi demi hati yg risau ini

hembuskan lah...nafas iman kedalam sukma
agar dapat ku yakini
hidup dan kehidupan ini
agar pasti akan bertemu
untuk ku tumpahkan rindu

rindu ini tak tertahan lagi
untuk menangis dipangkuan mu..

Ebiet g. ade

p/s: kadang-kadang Allah hilangkan matahari. DIA datangkan hujan, petir dan kilat. puas kita menangis dan bertanya `mana matahari?' rupa-rupanya ALLAH hadiahkan kita pelangi

Tuesday, October 04, 2005

Preskripsi dalam Bulan Puasa

Bulan Puasa sudah tiba. Pengambilan ubat-ubatan jangan diabaikan. Bagi umat Islam yang terpaksa mengambil ubat untuk sesuatu penyakit dalam bulan Ramadhan ini, waktu mengambil ubat boleh diubahsuaikan. Berikut adalah panduan umum tentang cara mengubahsuai waktu mengambil ubat.

Sahkan dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang waktu-waktu ini. Ini kerana kebanyakan peraturan pengambilan ubat bergantung kepada jenis ubat yang dipreskripsikan dan juga penyakit yang dihidapi. Jika arahan yang terdapat pada preskripsi anda tidak seperti disenaraikan di bawah, rujuklah doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan pandangan mereka. Pusat Racun Negara juga boleh dihubungi untuk tujuan ini.

Selamat berpuasa dan selamat menjaga kesihatan.

JIKA ARAHAN MENGAMBIL UBAT ADALAH...

1. Dua kali sehari selepas makan ANDA BOLEH Mengambil ubat sekali selepas berbuka puasa dan sekali selepas bersahur.
2. Tiga kali sehari selepas makan ANDA BOLEH Mengikut arahan seperti di atas dan ambil satu kali lagi sebelum tidur. Namun demikian tentukan anda telah mengambil sedikit makanan sebelumnya.
3. Dua kali sehari selepas makan ANDA BOLEH Mengambil ubat sekali selepas berbuka puasa dengan segelas air. Anda boleh makan setengah hingga satu jam selepas mengambil ubat. Pengambilan kedua haruslah setengah hingga satu jam sebelum anda bersahur
4. Tiga kali sehari sebelum makan ANDA BOLEH Mengikut arahan dan ambil satu kali lagi sebelum tidur.
5. Sekali sehari sebelum atau selepas makan ANDA BOLEH Pilih masa yang amat sesuai untuk diri anda - sama ada pada waktu berbuka puasa atau bersahur, dan amalkan masa yang sama semasa Ramadhan.
6. Setiap lapan jam ANDA BOLEH mengikut Arahan 2 atau 4 boleh digunakan bergantung kepada sebelum atau selepas makan.


CARA LAIN... TERMASUKLAH MENUKARKAN KEPADA:

1. Ubat bebasan tertahan. Sediaan ini membolehkan pesakit memakan hanya satu atau dua dos sehari. Toefilin untuk asma sebagai contohnya boleh didapati dalam bentuk ini.
2. Ubat "koyok" (seperti plaster). Pesakit tidak perlu memakan ubat. Nitrogliserin untuk sakit jantung adalah contoh terbaik untuk sediaan seperti ini.
3. Ubat lain yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi tidak perlukan pengambilan yang kerap. Sebagai contoh, sekiranya pesakit memerlukan antibiotik ampisilin (1 kaspul empat kali sehari) untuk melawan jangkitan ubat ini boleh ditukarkan kepada bakampisilin yang hanya perlu diambil 2 kali sehari.
4. Selang waktu makan lain yang telah disahkan berkesan dan selamat. Simetidin untuk menyembuhkan ulser perut umpamanya, boleh diberikan empat kali, tiga kali, dua kali atau satu kali sehari. Yang berbeza adalah dosnya sahaja.

Ini adalah beberapa contoh pilihan lain yang ada. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk pilihan yang sesuai.

Oleh Dr. Rahmat Awang
Pusat Racun Negara, USM

Friday, September 30, 2005

sediakan payung sebelum ujan

Semalam ader la sorang awek tengah borak2 ngan satu mamat tu lam satu cafe, bukan main lama diorang duk borak, ntah apa citer, mungkin sebab kat luar ujan lebat, ada petir, ada kilat yang buatkan awek tu terkezut., mulutnya kumatkamit baca doa.. hujan tak stop, mereka kuar, berlari dalam hujan.. masuk kete masing2, basah gak la kasut dia dan sempat gak ujan tu basahkan tempat2 yg mana patut dan aku pun berpikir, kalau la mereka ada sekaki payung.. leh simamat tu payungkan ke kete..

Apasal aku ni melalut nak citer pasal payung pulak?
Sebab payung ni bole di anggap salah satu dari pada benda dan element terpenting dalam kehidupan. Kemana-mana kiter pergi pun mesti ada payung.
payung ni ada bermacam-macam size bentuk dan warna.

Menurut sejarahnya payung mula di perkenalkan pada zaman Firaun. inilah hasil tinggalan zaman tersebut yang boleh kita guna pakai. Yang lain tu jangan ikut dan buat, menyesatkan aqidah.

Bermula daripada daun besar hasil dari anyaman daun kurma, payung telah di upgradekan dari masa ke semasa hinggalah kepada apa yang kita lihat sekarang.

Payung ni ada macam-macam
ada payung raja-raja, biasanya berwarna kuning
ada payung pengantin
ada payung warong makan
ada payung peribadi - ala yang orang selalu bawa dalam handbag tu, boleh di lipat-lipat
ada payung untuk motor ice-cream sahaja
ada payung atas kepala, lebih kurang macam topi
Pendek kata payung ni memang macam-macam jenis

Cuba bayangkan hidup tanpa payung....
Masa panas dan ujan tak ada orang keluar
Banyak lagilah kepentingan payung ni..
klau korang perasan, ramai mamat2 bangla, vietnam dan cina pakai payung walaupun kulit diorang tak la secerah mana dan time tu tak ujan pun.. mungkin mereka baru tau payung2 kat mesia ni
memang menarik dan eksotik..
itu sahajalah...

Monday, September 26, 2005

Tuhan ku

..Tuhanku.......
semoga aku lebih memahami daripada difahami
lebih menghibur daripada dihibur
mencintai daripada dicintai
kerana _
dengan memberi aku menerima
dengan memaafkan aku dimaafkan
dengan cinta aku bangkit kembali
dan dengan cinta aku hidup abadi

^^ buat yang sentiasa berada disisiku tika tangis dan tawa.. terima kasih kerana merangkul tanganku saat aku hampir jatuh. .. dan buat teman baik yg semakin dekat semakin jauh...
...aku rindu kalian.!

Saturday, September 10, 2005

Lelaki ensem vs lelaki tak ensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Sunday, September 04, 2005

Ayang

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang?
Semalaman kite duk pikir soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap semester kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap semester kite ulang paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

3. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

4. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi kene reject. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?

5. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30 Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang,tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

6. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan ayang. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium… tengok ikan emas tengah romen.

7. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

8. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati.Ayang tak kate pa pe pun.Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat…..

Tuesday, August 30, 2005

idung inggi

Imam Al-Ghazali mengemukakan panduan supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita.

Apabila bertemu orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat.

Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui.

Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.