Wednesday, July 20, 2005

Kekasih...

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu

akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindumu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi

--------------------

hehh..elehh!

Eleh!
You tu memang gitu.
Kejap nak,
kejap tak nak.
Takut I sentuh,
takut I tak sentuh.
Bila I cakap hello,
you mengeluh.
Bila I cakap bye-bye,
you berserabai.

Sudahlah.
I dah malas.
Tak de masa.
Banyak kerja lain.
Banyak mata lain
yang gian nak
ber-tango
dengan mata I.
Banyak lidah lain
yang hauskan
bibir I.

Bibir I yang tebal tak tebal,
nipis tak nipis.
Senyum atau cemik,
sentiasa manis.
Bibir yang basah
bergincu merah,
cerah secerah-cerahnya.

Bayangkan,
seperti yang you pernah bayangkan.
Bibir I, di bibir you.
Bibir I, di telinga you.
Di leher you.
Di dada you.
Di perut you.
Di pusat you.
Di peha you.
Di sana you
dan di situ you.

Bayangkanlah.
Jangan malu-malu.
Bukan I tak tahu.
Memang you pernah bayangkan dulu.

Eleh!
You tu memang gitu.
Dah tahu
buat tak tahu

--------------------

Hek Eleh,..
Bukan I tak mahu
Bukannya u tak tahu
I ni kan pemalu
Cuba nak bagitahu
Tapi u nampak pura-pura tak lalu

Sudahlah tu
Jangan begitu
Kalau u dah malas
Macam mana I nak balas
Kalau u begitu
I akan terkedu
Banyak kerja lain?
Kemana? Sidai Kain?
Kalau gitu
Macam mana nak main?
Apa kata ditepi penyidai kain?
Kita main saing-saing

I tau banyak mata lain
Tapi yang sepet ni jugak yang lain
Mata yang u puja
Buatkan hati u teruja

Tapi apa kan daya
Mata yang u puja
Bibir yang I teruja
Kini masing-masing dah berpunya

Sekarang ni bukan I malu
Tapi sekarang dah tak macam dulu
Bukannya u tak tahu
I bukannya solo macam dulu
Dan u tak single selalu

Memang I selalu bayangkan
Bibir u dibibir I
Bibir u ditelinga I
Di leher I
Di dada I
Di perut I
Di pusat I
Di peha I
Di mana-mana I

Walau kini kegersangan
Tapi I tetap sayangkan my dian
Tapi I tetap bayangkan my gian

Hek Eleh
Itu lah I nak bagitahu
Kenapa I begitu
Bukannya tak mahu
Tetapi malu

--------------------

alahai Eleh,
bukannya malu
tapi risau
yelah,kalau-kalau...

u pun bukannya sorang
tak sedap dimata orang
takut menconteng arang
dikata salah yang terang
asyik kita yang jalang
yelah,hidup bukannya senang

kata u i malu
malu dengan u
sebenarnya i tunggu
i tunggu u
u yang dolu
yelah,kita ni takde yang mau

alahai Elehh
sudahlah
biarlah
tinggalkanlah
i banyak masalah
i dah kalah
i dah takde idealah
oklah
i blah..