Thursday, April 28, 2005

Kreatif

Untuk menjadi seorang yang kreatif, anda mestilah tidak berfikir seperti orang kebanyakan. Anda perlu menjadi lain dari yang lain. Amalan kreativiti dapat menyelesaikan banyak masalah. Berikut adalah latihan kreativiti yang anda boleh amalkan.

1. Masukkan remote TV dalam sarung handset ayah anda sebelum beliau pergi kerja. Ayah anda pasti tidak lagi disaman kerana menelefon sambil memandu.
2. Isikan mangkuk tandas dengan ikan-ikan kecil yang dibeli dari kedai akuarium. Bayangkan penjimatan wang yang diperlukan untuk beli serbuk cuci.
3.Tekan butang mute pada TV ketika program berita dan reka terjemahan percakapan pemberita untuk keluarga anda. Keluarga anda pasti selamat dari propaganda.....
4.Amalkan penutup perbualan antara anda dan rakan-rakan dengan ayat, "Terimakasih atas laporan tuan-tuan." Rakan anda pasti insaf bahawa borak kosong itu tiada makna.
5. Cat tin biskut dengan cat merah dan tulis perkataan "ALARM". Lekatkan tin tersebut pada dinding rumah di sebelah meter elektrik. Masih beranikah pencuri masuk?
6. Selitkan gambar anda pada cover VCD. Anda mungkin perlu gunting sikit gambar anda agar dia ngam-ngam muat sebagai gambar cover VCD. Anda jimat RM15 untuk beli bingkai.
7. Peliharalah semut api. Untuk menangkap semut api, anda hanya perlu menabur gula ditembok tempat kutu-kutu kampung bersidang. Kampung anda pasti aman.
8. Jangan lap badan anda selepas mandi, sebaliknya terus pakai baju kerja. Buka semula baju dan terus gosok. Anda tidak perlu lagi sembur air pada baju ketika menggosok.
9. Sedekahkan sepasang selipar berlainan warna, kiri warna merah dan kanan warna biru kepada surau pejabat anda. Kalau orang curi juga selipar tu, tak-tau la apa nak
cakap.

Walaupun perbuatan yang disenaraikan adalah ganjil, ia mendatangkan hasil yang praktikal. Pada kebiasaannya ide kreatif ini akan mendapat tentangan orang yg tidak kreatif. Jika anda mengamalkan latihan di atas, pastikan anda bersedia menerima cemuhan mereka dan jangan anda marah jika ade yg menuduh anda tak produktif..



--------------------------------------------------------------------------------