Thursday, May 12, 2005

Tidak mungkin mahu dilahirkan bodoh

teringat citer lama..

Punyalah jauh kami menempah kuih raya, terpaksalah sepupu aku kak lea yang comel lote tu drive dari Johor sampai ke Shah Alam membawa tin kuih. Kuranglah ruang sikit untuk dia bawa baju raya anak-anak. Lalu, kami berjanji untuk bertemu di satu kawasan yang aku sendiri tidak arif iaitu Tmn Alam Megah, Aku drive slowly mencari parking dijalan sehala. Bila aku nampak parking kosong sebelah kiri, terus aku signal dan memusing stereng. Tiba-tiba kedengaran bunyi brek dan enjin menderam. Rupanya aku menghalang sebuah motor dari memotong ikut kiri. Motor itu terus memotong dari kanan pula. Penunggang motor membulatkan mata dan memberi isyarat tangan memarahi aku. Dia terus berlalu.

Terpinga-pinga aku dibuatnya. Setahu aku memotong ikut kiri yang menjadi salah. Sepatutmya akulah yang marah kat dia. Tetapi sempena bulan mulia ini aku maafkan dia, almaklumlah... diapun tidak mungkin mahu dilahirkan bodoh semulajadi seperti itu.




Akan datang: Mereka tidak minta dilahirkan bodoh.