Monday, November 28, 2005

bahasa sebuah memori

Penggunaan bahasa memori tak banyak beza dengan bahasa surat biasa. Apa yang membezakan adalah isi ceritanya. Bahasa memori biasanya lebih sayu dan banyak flashback serta kesinambungan kisah silam ke persada alam khaya l yang dipanggil Kesinambungan Kelebet. Untuk memahaminya pakcik bagi kau orang baca sebuah memori dari kawan pakcik yang kirim surat lama minggu lepas.

Din,
Kita bertemu lagi. Ada cerita aku nak sampaikan kepada kao, Din. Sebenarnya aku baru saja puleh dari penyakit jeblok, iaitu penyakit kasawanan anti-biotik hydro kromoson atau dikenali sebagai selsema. Ini semua kerana chintaku telah meninggalkanku, Din. Tiga orang semuanya. Aku cherita kepada kao dalam bentuk memori. Ijinkan aku menggunakan nama mereka seolah-olah aku menulis kepada mereka.

Melor,
Sampai hati kao meninggalkanku begitu sahaja apakah salahku... apakah dosaku. Aku masih ingat lagi ketika aku menaruh racun ke kolam ikan kepunyaan bapakmu, hinggakan kesemua ikan didalamnya habis mabuk seperti meminum minyak tanah. 358 ekor semuanya dan telah ku longgokkan di laman rumahmu. Ku harapkan kao gumbira dengan pemberianku ini supaya kao tidak perlu lagi pergi ke pasar membeli ikan. Tetapi tiba-tiba saja kau terus jatuh terkelempap setelah kai menggoreng dan memakan ikan-ikan tersebut. Tidak lama kemudian kao terus mati dan tinggallah aku seorang diri.

Kesumawati,
Kita mungkin dilahirkan untuk bersama. Antara kita terlalu banyak persamaan. Kao suka mee jawa aku pun suka mee jawa. Kao suka ketawa aku pun sama. Pendekata, kao dan aku sama. Teringat aku akan kemesraan kita berdua. Ketika kita bercengkerama di belakang reban itikmu itu. Kao kata kao gatal-gatal digigit nyamuk. Aku tak sanggup melihatmu menderita sedemikian. Lantas ku bakar reban itikmu itu kerana aku percaya disitulah nyamuk-nyamuk jahanam itu bersarang. Seketika kemudian aku lihat kao juga terbakar kerana cuba menyelamatkan salah seekor itik. Tidak lama selepas itu kao terus mati dan meniggalkan aku yang tertanya-tanya.

Kencana,
Kalau dapat kucapai bintang dilangit akan kuberikan kepadamu. Begitulah besarnya cintaku terhadapmu. Kaolah satu-satunya gadis yang membimbing dan memberi pedoman padaku untuk hidup di kota yang serba maju ini. Aku sedar yang aku ini anak kampung, tak punya apa. Tapi kao tetap menerimaku. Aku sungguh terharu dengan keikhlasanmu itu. Teringat aku ketika menolongmu memasak dirumahmu itu. Kao suruh aku beli minyak untuk goreng ayam. Ya... aku masih ingat lagi pesanmu itu. Keranamu aku sanggup meredah hujan hanya untuk membeli minyak. Betapa manisnya senyummu ketika kao menuangkan minyak.......blaaa...blaaaa...blaa