Tuesday, April 19, 2005

aper dia maruah?

errr.. mungkin soalan bai ni semacam soalan bodoh dr budak tadika.
tp bai tetap nak tanyer.

maruah = harga diri ??
apakah yg dimaksudkan dgn maruah?

dr soalan tu mungkin akan mendapat soalan2 lain..
mcm...
kenaper perlu ada maruah..?
kenapa perlu jaga maruah..?

errr... nak marah ke nak bambu bai ke.. bai tak kesah..
tp jawab eh soalan bai.

bagi aku jawab! hasni (bukan nama sebenar)
kenapa pulak mesti marah dan bambu(bambu nih aper?)bg org yg bertanya soalan mcm nih?
maruah, harga diri...kalau pikir perempuan yg belum berkahwin, maruah nya tentulah dara gadis itu
kalau bagi sesetengah orang lain pulak, kalau ader orang yg menghina keluarga dier, maksudnyer orang tuh dah menjatuhkan maruah keluarga dier
maruah ialah sesuatu yang dihargai dlm kehidupan ini, benda yang sgt mahal, hanya mampu terbayar dgn nyawa sahaja
maruah sgt subjektif, bergantung kepada perspektif masing-masing
mcm kalau mat salleh, dier tak raser virginity dier tuh maruah dier
bagi mereka yang ader bapak yang suke mendera, dier mungkin raser bapak dier tuh tak berharga dalam hidup dier
maruah ialah your pride, your self respect. jadik, kalau ader orang telah mencalar maruah dier, dier akan raser orang tuh telah mencabul kehormatan...

Shukri (mmg nama sebenar)
maruah = harga diri = ego
tu yang paling penting. kalau maruah jatuh ego dan harga diri pun ikut jatuh. kalau ego jatuh dua dua pun ikut jatuh.
senang citer kalau satu jatuh yang lain pun ikut jatuh...bedebussss!

zul beramboi..komen!
maruah tak sama kot dgn ego..
Ego tu mcm taknak mintak maaf, taknak mengalah...

shahrul menyampuk plakk...
mmg tak sama... tapi berkait rapat.

habib plak nak bagi pendapat..
Betul apa yang di katakan oleh hasni.tu, maruah boleh di lihat dari berbagai sudut. Secara kasar, maruah di lihat dari dua sudut

Adat - maruah di samakan dengan 'harga diri' (self-esteem), 'air muka' (dignity), 'nama baik' (reputation) dan mungkin 'kebanggaan' (pride) sesuatu bangsa. Oleh kerana banyak bangsa yang ujud di dunia ni, maka maruah juga banyak jenis dan bentuknya. Orang papua berbangga dengan sarung punai yang besar, sedang pada bangsa lain pakaian orang papua sama macam tak ada pakaian langsung.

Agama - maruah di kaitkan dengan keagamaan seseorang. Orang yang tidak menurut (conform) kepada batas agama di anggap tiada maruah atau harga diri. Oleh kerana banyak agama di dunia ini, maka pandangan dari sudut agama pun berbeza-beza. Di samping itu pula ada golongan yang tidak beragama, dan ia ujud sebagai satu unit yang tersendiri. Ada persamaan antara beberapa agama tetapi oleh kerana sesetengah agama asal telah mengalami perubahan, maka perbedaan antara mereka dengan agama asal semakin meruncing. Contohnya dalam persoalan 'dara' (virginity), ia di anggap 'kehormatan' (chastity) pada semua agama sedang ia di anggap 'mentah' (naive) dalam masyarakat yang tidak lagi meletakkan agama sebagai prioriti.

Apabila orang berkata 'tiada maruah', dia bermaksud 'tak tahu malu', atau tak ada 'harga diri'. Menjaga maruah juga boleh di ertikan sebagai menjaga 'nama baik'. Mencabar maruah sama ertinya dengan 'menjatuhkan air muka' sedang mempertahankan maruah di samakan dengan memelihara kehormatan.

Agama Islam menghormati adat dan kebiasaan bangsa selagi ia tidak bertentangan dengan dasar-dasar Islam. Oleh demikian dari satu segi, banyak pengertian maruah dari sesuatu bangsa masih di pertahankan dalam masyarakat Islam. Yang jelas bertentangan pula, contohnya amalan yang bersifat zalim atau syirik, akan di singkirkan.

akhir kata....
Perkataan ego sering di kaitkan dengan 'harga diri' (self-respect) tetapi ia juga di kaitkan dengan sikap 'bangga diri' (arrogance). Ia tidak dapat mengganti perkataan 'maruah' tetapi sering di kaitkan apabila ego seseorang itu terguris.

Asal perkataan 'ego' adalah dari perkataan yunani 'egos' yang bermaksud 'diri' atau dalam bahasa arab di panggil 'nafs'. Perlu di fahami bahawa ada ego yang positif dan ada ego yang negatif. Orang yang bersikap 'pentingkan diri sendiri' di anggap egoistic atau ego-centrik...Wallahu A'alam Bis Sawab

Masih tak jelas lagi? Mungkin terlalu akademik kot penjelasan yang saya berikan di atas tu.

Hmmmm ... camana nak cakap lagi?


Belalang...hmmmm
kadang-kadang Allah hilangkan matahari. DIA datangkan petir dan kilat. puas kita menangis "mana matahari?" rupa-rupanya ALLAH hadiahkan kita pelangi