Wednesday, August 10, 2005

Macam-macam

WASHINGTON: Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas buah zakarnya terkunci pada mangga kunci selama dua minggu.

Lelaki dari Brentwood, New Hampshire, itu berkata seorang rakan memasang mangga pada buah zakarnya selepas satu sesi meminum arak.

Anggota polis, H D Wood IV, berkata lelaki berkenaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Dia memberitahu polis, sebaik bangun dia sedar buah zakarnya dikunci dan rakannya tiada.

“Saya tidak pernah melihat kejadian seumpama ini sepanjang 13 tahun bekerja,” kata Wood.

Lelaki berkenaan cuba menanggalkan mangga itu dengan gergaji selepas kunci mangga itu patah tetapi gagal.

Dia dibawa ke Hospital Exeter dan seorang tukang kunci dipanggil untuk membuka kunci itu. Lelaki berkenaan dirawat dan dibebaskan tanpa sebarang kecederaan teruk.

“Pada tahap ini, kami tidak pasti ia cuma satu jenaka, tindakan dengan niat atau sesuatu yang dilakukan ketika aksi seks,” kata Wood. – Agensi

b/harian 10/8/2005

heheheeeeee....macam-macam gelagat orang emreka yg mengatakan diri mereka bertamaddun..