Thursday, October 13, 2005

rumah

Rumah! Apa itu Rumah? Rumah adalah bangunan dan perkara yang berbeza bagi setiap individu. Rumah yang pertama adalah mulanya hanyalah sebagai tempat untuk berlindung dari ancaman binatang-binatang buas, musuh serta tempat berteduh dari kesan-kesan cuaca. Tetapi dengan perubahan masa dan penciptaan benda-benda baru, manusia menjadi lebih bertamadun dan mempunyai keperluan yang baru.

Dari berumahkan gua, manusia membina rumah yang beratap, berdinding. Dari mempunyai sedikit hiasan pada dinding gua, manusia menjadi lebih kreatif dan mementingkan kepada kecantikan dalam rumah mereka. Kepada mereka rumah bukan sahaja tempat untuk mendapatkan perlindungan tetapi juga sebuah istana yang mencerminkan citarasa serta keperluan penghuninya.

Oleh kerana keperluan serta citarasa manusia berbeza dari satu daerah ke daerah yang lain, dari satu bangsa ke satu bangsa yang lain, begitu juga rumah mereka. Bagi sesetengah orang, rumah dijadikan tempat untuk menunjukkan kedudukan atau statusnya di dalam masyarakat dan mengambarkan kejayaan dalam hidupnya. Walau apa sekali tujuan atau makna yang ditonjolkan oleh rumah, yang menjadi persamaan antara semua ialah keperluan dan kepentingannya kepada hidup kekeluargaan dan pembangunan keluarga, lebih-lebih lagi bagi si anak



ini umah aku, bukan umah antu