Sunday, July 17, 2005

Betik

Betik

Pokok betik kaya dengan kalium dan karotena serta mengandungi sejenis enzim bertenaga, 'papain', yang boleh melawan pelbagai alahan. Betik kurang masak adalah julap dan diuretik. Bijinya mempunyai sifat antibiotik dan antikulat. Untuk sakit otot, letakkan daun betik yang disalai atas api di bahagian yang sakit. Kerap memakan betik boleh menghindari penyakit anemia, sembelit, penyakit mata dan cacing dalam usus.
Bagi menambah aliran susu ibu, selalulah memakan betik kurang masak yang dimasak.