Friday, May 06, 2005

mAt terlalu 'sMart'

Mat kelihatan luarbiasa kerana dia memakai kot. Biasanya kami cuma pakai kot bila Sultan melawat. Lalu aku sapa, "Kau nak ke mana smart-smart ni?" Dia kata, "Pejabat Pos. Tetapi baju ini aku pakai kerana mengelakkan orang lain dari berdosa."

Tandas pejabat kami baru sahaja ditambah dengan kemudahan 'Antilock'. Jangan fikir, brek kereta sahaja yang ada 'Antilock'. Tandas kami baru sahaja ganti selak kuncinya yang tidak rosak dengan selak baru tetapi malangnya selak jantan dipasang tidak selari dengan selak betina. Maka pintu tandas itu tidak boleh dikunci lagi. Agaknya tender naiktaraf tandas ini dimenangi oleh seekor tikus yang biasanya membaiki labu. Kalian tentu ada bilik tandas pejabat kalian yang kalian ulangi dari masa ke semasa. Pemilihan tandas kegemaran biasanya dibuat berdasarkan kemudahan serta kebersihan. Aku tidak boleh lagi menggunakan tandas kegemaran aku kerana agak rumit menunaikan kemahuan alam dengan sebelah kaki menahan pintu dari terbuka. Terpaksalah cari tandas lain.

Sempena penaikkan taraf tandas itu juga mereka telah memasang alat penyangkut seluar diperbuat dari tembaga di setiap dinding. Ini merupakan penambahan yang amat kami alu-alukan. Namun begitu, ada orang kita yang merasakan ganjil penyangkut tembaga berada dalam tandas pejabat maka dicabutnya penyangkut tersebut untuk dibawa ke rumah sendiri. Mat yang mendapati tiada tempat untuk menyangkut seluarnya, lalu dia telah menggunakan kepala paip disebelah tangki pam sebagai ganti. Malangnya kepala paip itu tidak kedap air, lalu melehlah air ke seluar Mat.

Kini Mat terpaksa pakai seluar yang basah di bahagian depan untuk ke pejabat pos. Bagi mengelakkan orang lain berdosa dengan memfitnah beliau kencing dalam seluar, beliau telah mengenakan kot bagi menutup bahagian yang basah itu. Itu pasallah Mat kelihatan 'smart' hari ini.


*besday!